MENU| Home | Facebook

Saturday 12 October 2013

Ahli majlis perbandaran diserang pocong tanah kubur


JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.

“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.

Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.HMetro
READ MORE- Ahli majlis perbandaran diserang pocong tanah kubur

Tuesday 1 October 2013

tanda bela hantu

Tanda Bela Hantu Raya


Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.
Antara tanda-tandnya ialah :
1. Takut bertentang mata bila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.
Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka Jin aka syaitan ini ( hukumnya haram, syirik dan berdosa besar) untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dll. Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya, apabila tuannya mati perjanjian syaitan tersebut ialah ianya penjaganya/tuan diwarisi kepada anak cucu dia. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila.

Walau apa pun hantu yang mereka  guna, kita sebagai manusia tak perlu takut. Cuma kena berhati-hati dan tahu cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Dalam erti kata lain hantu sebenarnya yang takut pada kita. Amalan untuk menakutkan hantu ialah membaca ayatul  kursi, kalau tak hafal baca surah al Ikhlas, al Falak dan an Nas. Bacalah pada waktu pagi dan juga pada waktu petang. Kalau rumah berhantu atau orang kena rasuk bacakan ruqyah. Kalau susah baca pasangkan kat radio/cd perdengarkan rudyah kat mana hantu tu kacau. Baca/dengarkan bacaan cd kat air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu/jin itu lari dan kalau degil ia akan mati dengan izin Allah.  

Kedua, Hantu aka jin syaitan suka menyakat, mengacau, merasuk orang yang kurang membaca Quran. Maksudnya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin setan dan iblis ni. Dari itu, banyak2lah kita membaca ayat quran kerana jin setan hantu merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. WaAllahu'alam.


Sumber : Infomedia.my
READ MORE- tanda bela hantu

kapal-kapal misteri

Mengenai cerita-cerita seram di laut boleh dikatakan kebiasaan bagi nelayan-nelayan dan sesiapa yg biasa belayar di tengah lautan terutama pada waktu tengah malam. Bercerita mengenai kisah misteri ini, kawan saya yg bekerja di sebuah pelantar minyak di negara kita pernah alami diganggu hantu laut seperti muncul sebuah kapal besar berwarna hitam pekat dan adakala bunyi suara perempuan bernyanyi di tengah-tengah laut pada malam hari.
Memang dikatakan laut adalah tempat pengkalan segala jin dan iblis yg terbukti di terangkan di dlm hadis dari HR Muslim.
Berikut adalah 10 kisah misteri dan kapal-kapal berhantu yg terkenal di dunia.
1. Kapal Caleuche
Ia adalah legenda kepercayaan mitologi Chilota (Negara Chile), di mana ia digambarkan sebagai kapal berhantu, yang datang pd setiap malam berhampiran kepulauan Chile. Ia dikatakan kapal itu membawa semangat dari orang-orang yang telah mati lemas di lautan. Kapal Caleuche adalah menakjubkan dan cantik, sentiasa terang,didengari oleh bunyi muzik parti dan hilaian ketawa di atas kapal di tengah malam.
Walau bagaimanapun kapal berhantu itu muncul dlm beberapa saat dan kemudian hilang dlm kegelapan malam atau juga spt ianya tenggelam dlm laut.

2.Kapal SS Valencia
Pada tahun 1906, SS Valencia telah karam di luar pantai Vancouver, British Columbia selepas menghadapi cuaca buruk berhampiran Cape Mendocino dan selepas itu menjadi subjek utama cerita-cerita hantu misteri. Akhirnya,hanya 37orang daripada 108 orang anak kapal telah berjaya diselamatkan dgn menggunakan bot penyelamat, antara yang lain (71 orang) hilang begitu saja.
Sejak itu, ramai nelayan2 telah didakwa menyaksikan penampakan kapal hantu dengan rangka manusia di atasnya walaupun selepas beberapa dekad yang lalu kapal SS Velencia talah tenggelam.

3. Kapal Ourang Medan
Pada tahun 1947, dua kapal Amerika semasa melalui Selat Melaka pergi untuk misi menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan dari anak kapal Ourang Medan. Pemanggil mendakwa anak kapal telah menyampaikan mesej ada kematian orang atas kapal. Kata-katanya dlm mesej pelik berbunyi "I die". Selepas pasukan penyelamat tiba,didapati anak-anak kapal tanpa luka tetapi semuanya mati, termasuk anjing dengan wajah mereka spt dalam ketakutan.

Sebelum siasatan lanjut, kapal itu terbiar disebab kemungkinan akibat gas yg dibawa telah meletup/bocor dan mereka semua terdedah kpd gas nitroglycerin, yang ia telah dibawa secara haram. Misteri lain berkisar kisah aktiviti paranormal dan / atau pencerobohan asing.

4.Kapal Carroll A. Deering
Kapal ini telah terkandas di Shoals Diamond berhampiran Cape Hatteras, North Carolina pada tahun 1921, di mana ia telah terperangkap selama beberapa hari sebelum  pasukan penyelamat telah tiba. Kemudiannya, Coast Guard mendapati bahawa ahli krew, beberapa peralatan, buku log dan dua bot penyelamat telah hilang dari kapal ditinggalkan, sebaliknya sesetengah peralatan kapal tidak rosak atau hilang
Siasatan lain menunjukkan beberapa kapal-kapal lain juga telah hilang di dgn keadaan misteri  yang sama, kemungkinan dirompak oleh lanun ataupun aktiviti paranormal sekitar segitiga Bermuda terkenal dgn kawasan yg digeruni.
5. Kapal The Baychimo
Kapal Baychimo dibina pada awal tahun 1920-an,ia adalah salah satu kapal kehidupan sebenar hantu yang, pada tahun 1931, menjadi terperangkap dalam ais beku berhampiran Alaska. Pemilik kapal itu Syarikat Hudson Bay tidak menggambil kembali kapal yg terdampar itu sekian lama. Walau bagaimanapun, menakjubkan ia kekal terdampar dan hanyut selama tempoh 38 tahun dan sering dilihat terapung pada musim salji mencair tanpa tujuan di perairan Alaska.
Keadaan cuaca yang sentiasa beku agak mustahil untuk menyelamatkan kapal itu berkemungkinan kos yg tinggi utk menarik kapal itu oleh pemilik Syarikat Hudson Bay, tetapi sejak tahun 1969, ia telah hilang sepenuhnya dan tidak kelihatan lagi. Beberapa program ekspedisi telah dilancarkan untuk mengesan kembali kapal hantu misteri itu tetapi tidak berjaya ditemui sehingga kini.
6. Kapal Octavius
Kapal Octavius ​​menjadi lebih daripada sekadar legenda pada tahun 1775, apabila sebuah kapal penangkapan ikan paus yang bernama Herald menemui kapal itu tanpa tujuan hanyut di luar pantai Greenland dan dengan semua anak-anak kapal yang mati beku dlm kesejukan di laut Artik. Untuk menambah lagi cerita yg menyeramkan, kapten kapal Octavius telah dijumpai mati kesejukan duduk di mejanya bersama buku log di hadapan kapten itu, dan dlm buku log itu tercatat tarikh penamat catatan pd tahun 1762.
Berkaitan dengan itu mungkin bermakna bahawa kapal Octavius ​​telah terapung selama lebih 13 tahun dan belayar tanpa tujuan dari lalu di laut Atlantik semasa ditemui kembali oleh Herald di England dari arah Timur melalui laluan ke Barat Laut.
7.Bot Joyita
Pada tahun 1955 bot sewa khas utk pemancing ini ditemui hanyut terbiar di Laut Pasifik Selatan lima minggu selepas ia telah dilaporkan terlewat sampai kembali ke destinasinya. Misi udara dalam carian tidak dapat mengesannya sehingga sebuah kapal saudagar menemui ia hanyut hampir 600 kilometer dari tempat asal dengan tiada tanda-tanda anak kapal di dalamnya.
Terdapat beg doktor dan beberapa balutan berdarah di atas dek dan radio telah menunjukkan tetapan (tune) ke isyarat kecemasan, tetapi apa yang berlaku sebenarnya di sana tidak pernah diketahui kerana semua kru-kru kapal telah hilang.
8. Kapal Lady Lovibond
Cerita yang menarik mengenai Kapal Lady Lovibond ini mengenai perasaan cinta, cemburu dan dendam melengkapkan dgn nama kapal ini dan juga kisah hantu. Pada tahun 1748, semasa sehari sebelum Hari Valentine, anak-anak kapal Lady Lovibond meraikan majlis perkahwinan kapten di atas kapal itu.Walau bagaimanapun, seorang sahabat kapten itu yang terlalu cintakan isterinya yg sekian lama menyimpan perasaan cemburu dan dendam. Dia mengemudikan kapal ke arah Sands Goodwind di Selat Inggeris, dan menenggelam kapal itu sehingga terbunuh semua anak-anak kapal.
Sejak kejadian itu, kapal Lady Lovibond dilihat pd setiap 50 tahun sekali belayar sekitar Laut Kent berhampiran Selat Inggeris. Pada tahun 1798, 1848, 1898 dan 1948 telah dilihat belayar bersiar-siar belayar di lautan.Walaupun, tidak ada mana-mana sumber yg dapat mengesahkan kisah ini kerana semua kru-kru mati. Kapal ini cuba dikesan pada tahun 1998, tetapi kapal hantu yang terkenal ini terus menjadi legenda.
 9. Kapal The Mary Celeste
Mungkin yang paling terkenal kisah sebenar hantu kapal termasuk sebuah kapal Mary Celeste, yg telah ditemui hanyut di Lautan Atlantik pada thn 1872 yg ditemui dengan berkeadaan baik tanpa kerosakkan termasuk layarnya, barang-barang peribadi kru dan kargo lebih daripada 1500 tong alkohol tanpa tidak disentuh.
Barang-barang yg hilang ialah bot penyelamat, buku log kapten kapal dan semua anak-anak kapal tidak diketahui.
Kehilangan anak-anak kapal dan kapten menjadi misteri, persoalan mengapa mereka semua lari atau punca kematian. Teori membuat tafsiran bahawa mereka diculik oleh lanun-lanun. Tetapi ianya tidak masuk akal kerana tiada kesan keganasan ataupun barang-barang dirampas dan digeledah.
Walau bagaimanapun, penjelasan yang paling munasabah mungkin ada ribut atau beberapa jenis isu teknikal, menyebabkan semua krew segera meninggalkan kapal dan guna bot penyelamat utk menyelamatkan diri,akhirnya mereka mati di laut pada kemudiannya. Sehingga kini tiada penjelasan yg munasabah.

10-Kapal Flying Duchman
Kisah kapal hantu Flying Duchman adalah paling popular.
READ MORE- kapal-kapal misteri