MENU| Home | Facebook

Friday 13 May 2016

misteri lukisan bermuka sedih

Lukisan berhantu! Mungkin kedengaran tidak masuk akal, tapi itulah yang dialami oleh sebuah keluarga di Cumbria, England. Gangguan demi gangguan terus menghantui keluarga Sean Robinson.

The_anguished_man

Semuanya bermula pada tahun 2012, apabila Sean menggantung sebuah lukisan yang diterima daripada mendiang neneknya.

Pada mulanya, Sean tidak ingat langsung kewujudan lukisan yang disimpan dalam bilik bawah tanah rumahnya.

Suatu hari apabila hujan turun dengan lebat menyebabkan bilik bawah tanah itu dilimpahi air, dari situ akhirnya menemukan Sean dengan lukisan misteri yang diberi nama 'The Anguished Man', yang membawa maksud, Lelaki Yang Sering Bersedih'.

Menurut kisah yang diceritakan oleh neneknya, lukisan tersebut diberi oleh rakan baik neneknya sendiri. Ia merupakan sebuah lukisan yang dipenuhi misteri.

Kononnya, pelukis potret itu mencampurkan darahnya dengan cat sebelum melukis lukisan yang mempamerkan wajah sedih lelaki yang sedang bersedih itu.

Pelukis yang tidak dikenali asal usulnya itu juga dikatakan bertindak membunuh diri setelah selesai melukis lukisan tersebut.

Puncan pelukis itu membunuh diri tidak diketahui sesiapa. Namun, kisah itu tidak dapat disahkan kebenarannya kerana cuma disampaikan dari mulut ke mulut.

Isteri Sean sejak awal lagi tidak menyenangi kehadiran lukisan tersebut dirumah mereka. Dia menentang apabila Sean menyuarakan hasratnya untuk menggantung potret itu diruang tamu rumah mereka.

Akur dengan permintaan isterinya, Sean mengalah dan hanya menggantung lukisan itu dalam sebuah bilik di tingkat dua rumah mereka.

Maka, bermulalah mimpi ngeri keluarga ini. Suara tangisan seringkali didengari oleh Sean dan ahli keluarganya yang lain semenjak lukisan itu berada dalam bilik tetamu.

Hampir setiap malam rumahnya diganggu bunyi bising seperti ketukan dan cakaran pada dinding.

Pada mulanya, Sean menyangka bunyi itu datang dari luar rumah. Dia cuba menjejak dari mana arah datangnya suara misteri yang sering kedengaran dan setiap kali itu juga dia akan sampai ke bilik yang menempatkan lukisan misteri itu.

Isteri Sean juga kerap mengadu melihat bayangan lelaki yang hanya muncul samar-samar tanpa menunjukkan kepala. Pada mulanya, Sean menganggap semua itu hanyalah bayangan isterinya semata-mata.

Naumn, dia mula mengesyaki sesuatu apabila anak lelakinya turut diganggu oleh 'makhluk' tersebut.

Suatu ketika, Kenan yang yang sedang berjalan menuruni anak tangga rumah tiba-tiba jatuh tersandung seperti ditolak sesuatu. Kenan mendakwa kesan tolakan yang kuat itu menyebabkan dia hilang keseimbangan sebelum terjatuh.

Semakin hari, gangguan yang diterima keluarga Sean semakin bertambah. Jika dulu bunyi tangisan hanya sayup-sayup kedengaran, kini semuanya semakin jelas ditelinga mereka.

Malah, Sean juga seringkali dikejutkan dengan kehadiran lembaga di penjuru bilik tidurnya. Bayangan itu seolah-olah memerhatikan dia dan isterinya sedang tidur.

Merasakan dirinya perlu melakukan sesuatu, Sean bertindak meletakkan perakam video di dalam bilik dimana terletaknya lukisan tersebut.

Hasilnya, rakaman menunjukkan ada bayang-bayang lampu yang tidak diketahui tiba-tiba muncul dan hilang dalam bilik itu.

Bunyi seperti ada barang jatuh juga kedengaran biarpun tiada apa-apa yang pelik kelihatan di sekitar lukisan itu.

Pintu bilik juga kelihatan tertutup dengan sendirinya biarpun tiada sesiapa yang berada di sekitar bilik tersebut sewaktu rakaman dilakukan.

Tidak percaya dengan hasil rakaman video tersebut, Sean memuat naik rakaman itu ke laman youtube dan mendapat banyak respon daripada penonton seluruh dunia. Kebanyakan mereka ingin tahu dari mana datangnya lukisan misteri yang dimiliki oleh Sean.

Sean Robinson and the Anguished Man painting

Namun, Sean sendiri masih tertanya-tanya siapa pelukis asal lukisan berhantu yang dimilikinya itu.

Seorang produser filem Amerika Syarikat telah berminat untuk memfilemkan misteri lukisan 'The Anguished Man', malah menawarkan untuk membeli lukisan itu dengan harga $32 ribu dollar, namun tawaran itu ditolak oleh Sean.

Menurut Sean, setelah kisah misteri lukisan itu tersebar di internet, dia telah menerima banyak e-mel dari seluruh dunia menyatakan keinginan mereka untuk membeli lukisan tersebut. Namun, dia tidak berminat untuk menjual lukisan berhantu itu.

Walaupun Sean dan keluarganya kerap diganggu sejak lukisan itu ada dirumahnya, tapi tidak terlintas difikirannya untuk menjual lukisan yang diwarisi daripada mendiang neneknya itu.

Kini, lukisan itu telah diturunkan dan disimpan semula di dalam bilik bawah tanah rumah mereka.

Kadangkala, masih terdengar bunyi-bunyi pelik yang datang dari dalam bilik itu tetapi Sean hanya memekakkan telinga.

Malah, anjing peliharaan mereka juga langsung tidak berani mendekati bilik bawah tanah itu.

Sean masih lagi menaruh harapan agar ada individu yang mengenali pelukis asal lukisan berhantu tersebut untuk tampil dan membuka misteri yang masih belum diketahui


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2014/12/misteri-seram-lukisan-berwajah-sedih.html#ixzz48YDDWArV 
READ MORE- misteri lukisan bermuka sedih

Wednesday 11 May 2016

Misteri ikan & ular gergasi di Teluk Bahang

Empangan Teluk Bahang yang merupakan empangan tadahan air terbesar di Pulau Pinang kekal dengan misteri tersendiri yang semakin membimbangkan apabila ia dikatakan menjadi habitat ikan naga dan toman yang boleh mengancam keselamatan pengunjung terutama pemancing.Beberapa penduduk mendakwa pernah melihat kedua-dua jenis ikan bersaiz gergasi di empangan tersebut yang kini sudah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi kaki pancing.
Selain bahaya kedalaman empangan tersebut yang menjadi punca ia diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam, cerita dari mulut ke mulut mengenai kewujudan ikan toman di empangan tersebut turut memberikan kesan tersendiri.
Seorang penduduk, Rosnani Ahmad, 37, berkata, dia pernah diberitahu rakannya yang juga seorang kaki pancing tentang penemuan ikan besar di situ sejak beberapa tahun lalu.
Kata rakannya, kali terakhir dia pernah terlihat kelibat ikan naga dan ikan toman bersaiz sebesar pemeluk sewaktu dia mengunjungi empangan tersebut pada Oktober tahun lalu.
Kira-kira tiga tahun sudah, penduduk di Teluk Bahang, Pulau Pinang juga kecoh apabila seekor ular tedung gergasi muncul di kawasan itu. Ular itu dipercayai mempunyai ukuran sebesar tiang elektrik berkemungkinan masih lagi tinggal di satu kawasan berhampiran Empangan Teluk Bahang.
Berita mengenai kemunculan ular itu tersebar melalui satu rakaman video 34 saat yang menunjukkan ular gergasi itu sedang meniti di hujung julai pokok-pokok balak berhampiran kawasan itu. Namun sehingga kini belum ada keputusan yang jelas mengenai perkara itu. Tidak ada mana-mana pihak yang membuat kajian atau menjalankan usaha untuk mengesan spesies yang luar biasa sebegitu.
Infiniti cuba menjejak siapakah perakam video itu dan mendapati ia datang daripada seorang pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan itu. Pekerja itu yang mahu identitinya dirahsiakan memberitahu, dia merakam video itu secara tidak sengaja.
Waktu itu, dia sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan berhampiran empangan itu. Kemudian, muncul satu bunyi pelik berdekatan hutan kawasan itu. Tidak lama kemudian, seekor ular tedung yang ganjil sebesar tiang elektrik muncul di celah-celah daun sedang meniti di atas pokok.
Katanya, dia tergamam melihat ular itu yang mempunyai kulit seakan-akan warna keemasan, berkepala hitam dan dianggarkan mempunyai ukuran sebesar tiang elektrik meluru ke arahnya. Ular itu menghampiri dan cuba mematuknya. Namun, serangan itu hanya sekali sebelum ia beredar memasuki ke hutan itu semula.
Sementara itu, bagi Idris Sirim, 25, dari Kampung Nelayan, Teluk Bahang, kisah ular besar itu memang wujud di situ. Malah katanya, berkemungkinan ia lebih daripada seekor kerana ular tedung biasanya akan hidup berpasangan. Ia merupakan sejenis ular yang suka memburu jadi tidak mustahil, ia akan muncul lagi.
Bagaimanapun, sejak kisah ular itu disebarkan, belum ada lagi kes penduduk di serang ular ini atau terserempak dengannya. Penduduk di kawasan Teluk Bahang juga tidak pernah nampak kelibat ular tedung sebesar itu sebelum ini.
Jelas Sirim, kebanyakan penduduk mengaitkan ular itu sebagai ‘penunggu’ kawasan itu. Mengikut cerita mitos, pernah dulu ada seorang pencari hasil hutan pernah tersesat di dalam hutan itu. Setelah malam, pencari tidak berdaya cari jalan keluar, lalu berteduh pada sebatang pokok. Tidak semena-mena, muncul seorang lelaki menjemputnya ke sebuah pondok yang tidak jauh dari situ. Setelah hilang penat, lelaki itu menghantar pencari hasil hutan ini keluar dari hutan dan berpesan kepadanya agar tidak lagi merosakkan tanaman dan membunuh binatang di kawasan itu. Keesokannya, pencari hasil hutan itu sekali lagi pergi ke kawasan itu dan mendapati laluan masuknya terhalang oleh kulit ular yang amat besar. Dia kemudiannya tidak berani lagi masuk ke situ.
Bagaimanapun, jelas Idris, suatu ketika dulu, terdapat seorang warga emas yang gemar membela binatang buas termasuklah ular. Dia tinggal di pinggir hutan itu. Selepas warga emas itu meninggal dunia, semua binatang peliharaannya pun hilang ke dalam hutan itu.

Sumber

READ MORE- Misteri ikan & ular gergasi di Teluk Bahang

gangguan di bulan puasa

-kiriman pembaca-

selamat pagi,
kenalkan saya en.Z dari kedah,
sy ada satu kisah yg ingin diceritakan dan dharap dpt dipaparkan kpd pembaca di blog tuan.

kisahnya berkaitan dgn gangguan yg berlaku pd sy sekeluarga di bulan puasa. pada pendapat sy di bulan ramadhan tidak semua jin diikat mgkin msh ada yg msh bebas. sy mnyatakan begitu krana sy dan keluarga sndiri yg mngalaminya.

kisah ini trjadi pd adik sy di ramadhan yg keempat, swaktu itu dia balik agak lewat malam dlm keadaan ketakutan. setelah ditanya kenapa dia hanya diam dan tdak dpt mjawab apa2. selepas dia sdikit tenang kami mnyuruhnya pergi berehat didalam biliknya.

pd lbh kurang pukul 3 lbh pg kedengaran adik sy meraung dan meracau2 seperti kerasukan, suasana menjadi haru biru. habis barang2 dihempaskan kelantai.

sy tidak dpt berbuat apa2 hnya mampu melihat ibu dan kakak menenangkannya. dsebabkan dlm rumah menjadi sgt hangat dan panas sy keruang tamu dan membuka tingkap di ruang tamu.

di luar rumah sy trlihat seperti tubuh sesorg sdang berada di dlm gelap di tepi sbatang pokok yang agak besar ttp mula2 sy tdak dpt mlihatnya dgn jelas shinggalah sy menumpukan mata sy di kawasan trsebut.

alangkah trperanjatnya sy kerana apa yg sy lihat adalah sosok wanita berbaju putih dan brambut panjang, gambarannya sama spt  pontianak yg digmbarkan dlm filem melayu.

setelah mlihat makhluk trsebut sy mnjadi kaku dan seolah2 terpanggil utk mlihat makhluk trsebut dlm jangka waktu yg agak lama shinggalah sy rebah dan tidak sedarkan diri.

selepas subuh sy terbangun dan mlihat ustaz mberikan sy air bacaan surah utk mmulihkan semangat sy. waktu itu sy melihat adik sy masih terbaring tidak sedarkan diri.

seketika kemudian adik sy sedar dlm keadaan menangis2 memanggil ibu. dia mceritakan yg ketika dia  berjalan balik kerumah seorg diri
setelah lepak dirumah kawannya yg  sekitar 5 minit berjalan dr rumah kami dia trnampak sesosok lembaga berada di atas pohon kelapa dan memandang ke arahnya. selepas itu dia berlari ketakutan stelah melihat sosok trsebut yg matanya merah mnyala.

mungkin makhluk yg adik sy nampak mrupakan makhluk yg sama dilihat oleh sy. pengalaman itu tidak dpt sy lupakan hingga ke hari ini.

-terima kasih En. Z atas pengkongsian pgalaman-

# jika ada pegalaman misteri yg ingin diceritakan kpd pembaca boleh emailkan kpd api.timejuice@gmail.com

READ MORE- gangguan di bulan puasa

Tuesday 10 May 2016

misteri jambatan bunian di port dickson terjawab -seramkot


Anda pernah dengar atau tidak mengenai cerita jambatan orang bunian yang dibina di lebuhraya menuju ke Port Dickson? Ia bukannya cerita tahyul tapi ini buktinya......

Jambatan ini dikatakan dibina untuk laluan orang bunian bagi mengelakkan kemalangan berlaku apabila bunian melintas di tengah-tengah lebuhraya......

Sesungguhnya jambatan yang dibina itu bukanlah untuk bunian......

Janganlah mudah terpengaruh dengan filem atau cerita merepek.Bunian tidak perlu pun jambatan untuk melintas......

Jambatan tersebut dibina untuk haiwan melintas dan kebanyakan negara di dunia sudah lama mengaplikasikan teknik ini bagi mengelakkan kemalangan..!!!



READ MORE- misteri jambatan bunian di port dickson terjawab -seramkot

pokok kelapa sujud kebumi di bulan puasa

-kiriman e-mail pembaca-

assalamualaikum kpd penulis blog seram kot dan pembaca, nama saya zaini sy ada satu cerita yg berlaku lbh kurang  35 tahun yang lalu, crita ini berlaku pd bulan ramadhan.
pada waktu itu umur sy dlm lingkungan belasan tahun.
critanya begini pd waktu itu sy ini seorg yg sgt susah utk bangun bersahur, walaupun tlah dikejutkan oleh emak dan adik sy. sy hnya akan bangun bila azan subuh berkumandang itu pun bangun stelah dimarahi oleh ayah, waktu itu sy bangun pergi ke telaga di luar rumah dalam keadaan separuh sedar utk berwuduk. sbelum berwuduk sy telah meletakkan tuala di tepi telaga tp sy tidak perasan tuala diletakkan di atas apa.
setelah habis berwuduk sy naik kembali kerumah dalam keadaan tergesa2 kerana keluarga sy smuanya sdang mnunggu sy utk solat berjemaah shingga sy terlupa mngambil tuala yg diletakkan di tepi telaga.

selepas solat sy teringat utk mngambil tuala yg tertinggal di tepi telaga tetapi sy dapati tuala itu sudah tiada disitu, sy ingatkan mgkin ahli keluarga sy yg mngambil nya lalu sy tidak mghiraukannya.

keesokkannya bila hari sudah cerah sy trkejut melihat tuala sy tersangkut di daun dan batang pokok kelapa yang agak tinggi berdekatan dgn telaga.
sy hairan mcmana tuala itu bleh brada disitu di situ, xkanlah angin dpt mniupkan tuala shingga trsangkut kat situ, stelah sy britahu ayah sy dia mngatakan mgkin waktu sy bwuduk itu pokok kelapa tersebut sdang sujud kebumi.
mgkin btul kata ayah sy krana sy dapati dkat tepi telaga trsebut tiada pun tunggul atau pokok tumbang yg sesuai diletakkan tuala. xlogik klau sy hnya letakkan tuala di atas tanah wlaupun dlm keadaan separuh sedar. itulah cerita sy..trima kasih

-terima kasih en zaini atas kiriman email ini-

#hantarkan cerita misteri anda di bulan puasa ke api.timejuice@gmail.com

READ MORE- pokok kelapa sujud kebumi di bulan puasa

Monday 9 May 2016

misteri di bulan puasa

assalamualaikum

sempena bulan puasa yang semakin dekat kami mengalu-alukan sesiapa yang ingin kongsikan cerita-cerita atau pengalaman misteri yang berlaku pada anda di bulan puasa..

sila emailkan pengalaman anda ke api.timejuice@gmail.com utk dikongsikan kepada pembaca blog seramkot.

email: api.timejuice@gmail.com

sekian terima kasih

READ MORE- misteri di bulan puasa

melihat syurga di bulan puasa

sempena bulan puasa yang sudah menghampiri kita ini saya teringat cerita seseorang yang berlaku pada bulan puasa yang lepas..

ceritanya berlaku apabila pertengahan bulan puasa di waktu malam, ketika sedang tidur beliau menyatakan yang beliau tersedar dari tidur apabila terasa diri nya diangkat tinggi keudara.

bila ia memandang dia ternampak empat orang lelaki yang berpakaian putih sedang menjulang beliau keudara, dua orang di bahagian kaki dan dua lagi di bahagian bahu. bila ia memandang ke atas kelihatan seolah olah beliau melihat syurga.

menurut beliau apa yang dia nampak adalah sungai yang mengalir dalamnya susu, bunga bungan yang cantik dan warnanya belum pernah kelihatan di bumi serta ramai wanita yang cantik-cantik melambai lambai ke arahnya.

persoalannya adakah apa yang beliau nampak itu adalah syurga?
atau beliau hanya bermimpi?
dan siapakah empat orang lelaki berpakaian putih tersebut?
adakah ia malaikat?
adakah ia jin islam ataupun adakah ia hanyalah tipu helah jin kafir yang terlepas dari ikatan?

persoalannya hanya boleh terjawab oleh seorang yang betul-betul pakar dalam bidang ini..

jika betul gambaran tersebut adalah syurga sebenar milik Allah...maka sungguh beruntung lah saudara kita itu...

READ MORE- melihat syurga di bulan puasa

Friday 6 May 2016

misteri kehilangan Helikopter Bell 206 Long Ranger di segitiga Borneo

– Helikopter Bell 206 Long Ranger kepunyaan Hornbill Skyways membawa seorang Menteri Sarawak, Dr Judson Sakai Tagai, bersama-sama lima orang yang lain dan dikemudi oleh juruterbang Kapten Shamsudin Hashim, yang satu-satunya Muslim, bertolak pada tanggal 12 Julai 2004, Selasa 12.15pm.Perjalanan melintasi Bario bertujuan meninjau lokasi sesuai untuk pembinaan projek empangan hidro-elektrik baru di Sarawak.
-Baru 3 minit berleps, helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan dan terus hilang. Perjalanan sepatutnya mengambil 20 minit ke destinasinya iaitu Ba’kelalan.
-Yang menjadi pertanyaan, mengapa helikopter tidak sempat menghubungi menara kawalan atas kerosakannya padahal baru sahaja berlepas 3 minit.
– Isyarat kawalan automatikjuga tidak berfungsi menunjukkan lokasi terhempasnya
– Operasi mencari dimulakan seawal 2 petang. Persekitaran di mana logiknya helikopter itu jatuh dan sekitarnya sudah digelidah 25 pesawat dan 2000 orang pencari terdiri dari PDRM, TUDM, RAMD, TNI-AD, dan bermacam-macam lagi pasukan, termasuk penduduk kawasan sekitar di situ termasuk penduduk negara jiran Indonesia.
– Termasuk sebuah helikopter dari Australia yang lengkap dengan sistem pengesan haba infra-red yang mampu mengesan perubahan suhu, merakam gerakan visual dan mengesan kewujudan jarak di dalam hutan, misi dibantu 2 pakar warga OZ.
– Helikopter de Orient dari USA yang mampu mengesan sehingga syiling sebesar 10 sen tidak mampu mengesan helikopter itu, tetapi satu jentolak/jentera pengangkut balak yang buruk dan berkarat dapat dikesannya
– Pakar teknologi satelit dan pemetaan berbangsa Afrika dari badan Perhutanan Serawak
– Pesawat bantuan juga datang dari Singapura, Brunei dan Korea Selatan
– Maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada heli itu telahpun didapati oleh penaung Skylab [ Ustaz Ashaari Muhammad ]seelok sahaja helikopter itu hilang secara alam kerohaniannya* Skylab adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor specialist dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise*
– Setelah hari kelapan barulah Skylab campurtangan dalam kes ini kerana pada peringkat awalnya pihak kerajaan menolak pertolongan penaung Skylab dan anak buahnya.
– Pihak kerajaan terbahagi dua dalam menerima kehadiran Skylab, tetapi pihak Ketua Menteri Sarawak menerima permohonan Skylab untuk membantu apabila Ketua Menteri mendapat maklumat dari bomoh bahawa heli itu hilang kerana ditutup oleh jin dengan berlapis-lapis tutupan yang sangat tebal. Dan mereka berkata hanya orang yang bersembahyang sahaja yang mampu membuka tutupan itu.
Sebelum dua orang doktor kerohanian Skylab menyertai operasi, mereka bermesyuarat bersama-sama anggota Skylab lain dengan guru mereka Ustaz Ashaari di Labuan. Seperti yang diduga mereka dapat melihat dengan jelas seorang wakil jin yang menyerupai manusia bernama Al dihantar oleh pembesar jin bernama Zar. Tujuh pengiring Al menunggu di luar dan tidak masuk ke bilikmesyuarat.Tidak semua member Skylabmampu melihatnya, mereka ini hanya merasa kehadiran makhluk Allah ini dengan hati.
Jin bernama Al yang mewakili pembesar Zar ini meminta manusia membayar segala kerosakan yang ditanggung oleh penduduk jin akibat pencerobohan helikopter itu ke daerah mereka, merosakkan rumah-rumah mereka, membunuh seramai 37 bangsa jin, lagipula tujuan asal manusia itu bertujuan meninjau kawasan pembuatan empangan hidro-elektrik baru yang akan memusnahkan bandar dan perkampungan jin di Bario. Syaratnya adalah menebus dosa manusia ini dengan mengeluarkan sedikit wang, lalu menyembelih seekor kambing dan dijamukan kepada para fakir miskin yang tinggal di rumah atas air di Labuan. Jikalau manusia sanggup melakukannya, barulah perundingan melepaskan barang tawanan dimulakan.
Makhluk jin yang marah itu yang saiznya boleh membesar sebesar gunung telah mencekup helikopter tersebut dan dibawa ke alam mereka, lalu menutupnya dari pandangan mata kasar manusia.
Lalu Skylab mengeluarkan RM 400.00 untuk mengadakan jamuan kepada jemaah masjid atas air di Labuan, sebelum menyertai pasukan operasi mencari.
1..Pada 23 Julai 2004 [Jumaat] selepas 11 hari helikopter hilang, Tabib Abdul Rahim Manaf dan Tabib Hassan Mohd Zain yang berupaya melihat makhluk jin dan bercakap-cakap dengan makhluk Allah ini, memulakan operasi pencarian yang pertama bersama-sama pilot Capt George (bangsa Iban) dan seorang jurubahasa bernama Afendi. Kawasan yang diilhamkan adalah Pa’Longan, satu kawasan yang tidak diminati kerana terkeluar dari laluan asal dan bearing heli tersebut. Kedua orang tabib itu dapat melihat adanya heli itu dengan jelas di sana – di alam ghaib, cuma di alam lahir lokasi sebenarnya tidak diketahui dan ianya tertutup dari pandangan manusia biasa.
2. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] jam 11.00 pagi, operasi kedua dimulakan. Pada 11.45 pagi mereka ternampak sebatang pokok yang putus ,tinggal kayu balaknya sahaja menegak , mungkin kesan helikopter jatuh. Semasa operasi ini, Tabib Hassan terus-menerus berhubung secara ghaib dengan Al siJin Islam. Masyarakat jin di situ mempunyai 3 raja adik beradik iaitu Kalamngan, Kalamung dan Kalapung. Hanya seorang raja yang boleh diajak berunding dengan baik, yang dua lagi susah diajak berunding. Seorang ini yang akhirnya memeluk Islam..hasil perhubungan dan perbincangannya dengan manusia ini. Perundingan dengan jin mengambil masa yang lama..bukankah dikatakan sebaik-baik jin itu sejahat-jahat manusia. Sepanjang operasi pertama itu, Tabib Hassan merayu ” Bukankah kami sudah sembelih kambing seperti yang disyaratkan, tolonglah beri petunjuk di mana helikopter itu boleh ditemui”
Jawab Jin ” Yalah..kami akan tunjukkan lah ni..!!” Selepas menentukan lokasi pokok patah itu dan diambil gambarnya, mereka balik untuk solat Zuhur.
3. Pada 24 Julai 2004 [Sabtu] petang, operasi ketiga – dengan panduan sistem GPS – Global Positioning System, mereka menuju ke kawasan pokok patah tadi. Aneh sekali, kerana kali ini dua batang pokok pula yang patah. Mengiringi heli mereka adalah dua lagi heli lain, tetapi penumpang heli utama melihat 2 lagi heli itu terlalu kecil, sebesar hujung pena. Seolah-olah mereka sedang berada jauh di alam lain iaitu alam jin. Sesudah itu mereka pulang kerana helikopter belum dibuka tutupnya oleh Jin.
Setelah petunjuk pertama ditemui, seorang ketua kaum Penan – kaum pribumi Sarawak- telah bergerak ikut darat dengan tujuan mencari heli, bila sampai ke kawasan itu dia telah mencantas dahan dan dihalakan ke udara, metode secara perbomohan untuk ditunjukkan hala sebenar bau mayat. Tiba-tiba ribut kuat memukulnya sehingga dia terhempas ke pokok dan patah gigi.Helipenyelamat terpaksa dipanggil untuk Menyelamatkannya.
Sebuah helikopter Nuri TUDM, telah menurunkan seorang tentera dengan tali pada pagi Ahad 25 Julai..Heli telah bergegar kuat dan tali itu berpusing-pusing sampai tentera itu terhempas ke pokok juga. Dia terpaksa naik semula sebelum sempat memijak tanah.
Sekembalinya dari operasi ketiga, Tabib Hassan mengucapkan terimakasih kepada Raja Jin 3 beradik diperantarai Al. Tabib Hassan berkata ” Tolonglah bukakan heli itu pula untuk kami dapat lihat” Jawab Al ” Yalah..kami akan bukalah!!” ..Inilah perangai jin, kerja sehari jadi 3 hari!
4. Pada 25 Julai 2004 [Ahad] pagi, di kawasan tersebut ada perkembangan terbaru, di antara dua pokok patah itu, terdapat seolah- olah satu ruang terjerumusnya helikopter. Tetapi helikopter masih tidak kelihatan. Tabib Hassan mengeluh..” Jin,jin mengapa lambat sangat nak buka ni?.”
Aneh pula, Afendi si jurubahasa kelihatan sangat terganggu perasaannya, berkeras mahu dihantar pulang ke kampungnya di Miri. Terpaksalah demi menjaga hatinya, mereka semua terus berlepas ke Miri, padahal sudah sangat hampirnya dengan penemuan heli itu. Operasi diteruskan juga oleh beberapa yang lain seperti yang diceritakan tadi, tetapi aneh habis semua terpelanting dikerjakan oleh jin-jin di situ.
Sampai sahaja di Miri, para tabib itu mendapat arahan dari ustaz Ashaari guru mereka, supaya bertukar orang, kerana pasukan yang ada tidak cukup ampuh. Afendi diganti dengan Ustaz Ahmad Zahari iaitu Pengarah Rufaqa’ Sarawak. Di sinilah percaturan Tuhan, di Bario perhubungan telefon memang terputus, balik ke Miri ada tujuan yang telah diatur oleh Tuhan. Pada mulanya Ustaz Ahmad Zahari tidak dibenarkan naik ke heli menolong usaha mencari oleh Tan Sri George Chan. Semasa sedang bermenung dan berselawat dan berzikir itu, dia dan Tabib Hassan melihat pihak tentera membawa 2 ekor anjing pengesan yang terlatih menaiki helikopter di pengkalan untuk menghidu mangsa di tempat pokok patah itu..
” Kami melihat 2 ekor anjing itu bila dibawa ke heli, mereka seperi sangat ketakutan dan berlari ke belakang. Setelah dikejar dan dipaksa naik juga hingga beberapa kali, tetap anjing-anjing itu memprotes. Sehingga akhirnya heli itu pergi tanpa anjing. Pada masa yang sama riuh-rendah kedengaran ayam berkokok seolah-olah melihat sesuatu”.
5. Pada 27 Julai 2004 [Selasa], Tabib Hassan, Ustaz Ahmad Zahari dan pilot Cpt Thomas..meredah lagi hutan meneruskan pencarian di lokasi. Ustaz Ahmad Zahari dengan penuh tawakkal kepada Allah, merenjis air bacaan doa Ustaz Ashaari ke atas bumi Bario. Diiringi doa anggota Skylab dan doa ahli Rufaqa’ Sarawak serta guru mereka, pada jam 5.00 petang heli itu dapat dilihat oleh Cpt thomas ditempatnya. Jin sudah membukanya..tetapi SEBENTAR sahaja, waktu itu sahaja. Semasa heli itu kelihatan hari sudah hampir malam, walaupun baru jam 5.00 petang di Bario, jadi apa sahaja usaha menghampiri heli terpaksa ditangguhkan keesokan harinya, lagipula cuaca yang sejuk, berangin serta keadaan tanah cerun menyukarkan penyediaan landing point dsb.
6. Pada 28 Julai 2004[Rabu], hujan turun renyai-renyai. Ramai manusia yang berbondong-bondong keluar ke tempat lokasi untuk mencari heli itu. Pada petangnya, dua orang polis udara AS Ehsan dan DSP Lukman terus mencari Tabib Hassan ” Tolong kami ustaz, saya seram ni..Gunung Murut sudah hilang!!”
Rupa-rupanya sepanjang hari mencari mereka tidak melihat heli itu, yang dijumpai satu pokok manggis besar di tempat terjerumusnya heli itu, buah2nya pula masak dan besar. Bila heli buat u-turn untuk mendekati pokok manggis itu, pokok manggis itu ghaib pula..bila mereka pandang ke arah Gunung Murut, gunung itu turut hilang..terus ASP Ehsan mengarah pilot memecut heli mencari si Tabib. Tabib memberitahu ASP Ehsan ” Nampaknya jin itu telah menutup heli itu semula! Kalau begitu marilah kita bersolat, baca Fatihah 4x,AyatQursi dan selawat pada RSAW.
Akhbar-akhbar tanggal 30 Julai 2004 Jumaat, melaporkan pada sepanjang malam itu [Rabu 28 Julai, malam Khamis] 2 komando diturunkan dan tidur bersama mayat, ada yang mengatakan pasukanBomba – pemadam kebakaran – yang menjumpai heliitu.Ada yang mengatakan ekor heli sahaja dijumpai padahal di lokasi ekor dan badan heli ada bersama-sama..Macam-macam khabar yang tidak sinonim disebarkan dengan apa yang sebenarnya terjadi.
Hakikatnya, sukar untuk menurunkan komando dalam cuaca yang gelap dan sejuk begitu, tanah di situ pula agak curam dan bercerun, tiada tanah rata, agak sukar membuat operasi menyelamat, apa lagi heli itu ghaib semula waktu itu!! Padahal, sepanjang malam itu ASP Ehsan tekun berdoa bersama tabib-tabib semalaman agar dimudahkan segala usaha.
7. Pada 29 Julai 2004 Khamis, ASP Ehsan dan orang-orangnya lah yang berjaya menemui heli malang itu dan mengangkat tujuh mayat yang berada di situ ( tiada komando yang bermalam bersama mayat sebelum itu seperti yang dilaporkan akhbar-akhbar utama di Semenanjung ) Operasi itu dilakukan waktu siang terang -benderang. Landing point helikopter dibuat agak jauh dari tempat heli malang ditemui kerana tanahnya yang curam. Seorang anak buah ASP Ehsan, anggota penyelamat,membaca kata -kata ini di dinding helikopter yang ditemui ” Mengapa lambat selamatkan kami?”.. Bayangkan cuaca di Bario itu mencecah 10 darjah Celcius, tanpa bekal sedikitpun makanan, jatuh di kawasan hutan yang sangat tebal dan bercuram. Heli itu langsung tidak terbakar, hanya ekornya yang patah. Jika terhempas di gunung dalam keadaan petrolnya penuh mesti ia terbakar.
Pintu heli terbuka lebar dan dua orang ditemui di luar helikopter, termasuk mayat Allayarham Kapten Shamsudin. Sementara mayat-mayat lain sukar dikenali akibat reput dan mengalami dekomposisi yang teruk, mayat Kapten Shamsudin mudah dikenali, walaupun reput, bau kapur barus cukup kuat pada mayat itu. Ada sejadah lapik solat yang tidak reput di sebelahnya, di keliling mayatnya sampah-sarap dan kayu- kayan disapu bersih.
Bila dirujuk pada Ustaz Ashaari dia menjawab ” Itulah petanda kehadiran jin-jin Islam” Kapten Haris menceritakan heli itu terletak elok, hanya ekor dan kipasnya yang patah, pokok-pokok disekitarnya pun masih dalam keadaan asal. Seolah-olah heli itu diletakkan di situ..dan jin-jin yang bekerja mencantas dua pokok secara berperingkat hingga tinggal batangnya sahaja untuk menggambarkan seolah-olah heli itu terhempas di situ.
Ahbar berbahasa Cina dan Inggeris – Miri Daily News di Sarawak menemubual mengambil gambar individu-individu yang menolong dalam operasi mencari heli hilang itu dan melaporkan kejadian yang sebenar.
Akhbar -akhbar di Indonesia hanya melaporkan heli itu ditemui dengan pertolongan bomoh/dukun/pawang. Tiada langsung berita mengenai Skylab pada akhbar utama di Semenanjung.
Sistem rohani dan ghaib itu jauh lebih hebat dari sistem akal. Alam ghaib memang wujud..Alam perwalian, alam Roh, cuma kita yang terlalu sekular ini sangat terpengaruh dengan fahaman Barat. Mana-mana yang berlainan sedikit dari logik mudah sahaja dituduh sesat, menyesatkan, bid’ah dsb – pendespatch e-mail]
Bila ditanya kepada Ustaz Ashaari oleh Skylab.. ” Apakah Ustaz didampingi jin?” Beliau menjawab ” Mendidik manusia cukup susah bahkan sering gagal, hebatnya saya kalau mampu menundukkan jin…Sejahat-jahat manusia itu sama dengan sebaik-baik Jin Islam.”
Dan akhirnya..salah seorang Raja jin yang masuk Islam itu adalah yang bernama Kalamung. Dia hatinya agak lunak dan mudah diajak berunding.
Namanya ditukar ke Abdul Jabir, nama yang dipilih dan diberi oleh manusia yang telah berhubung dengannya melalui alam yang tidak terjangkau akal. Mana mustahil, kaum Jin suatu hari nanti akan turut sama membantu manusia sebagai sebahagian tentera Allah..seperti yang banyak berlaku sebelum-sebelum ini…
Dipetik dari buku
Kuasa Tuhan Mencabar Kuasa Manusia Di Bario
SKYLAB September 2004
Ditulis bersama oleh: Haji Abd Rahim Manaf, Hassan Mohd Zain, Mejar Dr Yusof Abu Bakar, Dr Johari Alias, Dr Hanif Abd Rahman, Dr Abd. Rahim Tahir, Dr Azlina Jamaluddin, Mejar Dr Abd Hamid Sujak, Dr Rohaya Dato’ Muhamad.
READ MORE- misteri kehilangan Helikopter Bell 206 Long Ranger di segitiga Borneo

Thursday 5 May 2016

Misteri Segitiga BORNEO


Pernah dengar Misteri Segi Tiga Borneo? Selalu dengar Segi Tiga Bermuda jer kan? Sekarang jom baca kisah Misteri Segi Tiga BORNEO pula - Suratan atau Kebetulan??

Bermuda Triangle atau Segi Tiga Bermuda, satu nama tempat yang mungkin tidak asing bagi rakyat di seluruh dunia. Misteri kehilangan kapal-kapal besar di kawasan yang dinamakan Segi Tiga Bermuda sudah tentu sering menjadi igauan ngeri bagi pelayar-pelayar yang melaluinya. Namun begitu, pernahkah kita terutama sekali rakyat Sabah dan Sarawak mengetahui tentang kewujudan sebuah tempat yang dinamakan SEGI TIGA BORNEO?

Segi Tiga Borneo sememangnya wujud di Pulau Borneo iaitu kedudukannya adalah antara Bario. Pa’Lungan dan Gunung Murut di Sarawak Bumi Kenyalang. Yang membezakan Segi Tiga Borneo dengan Segi Tiga Bermuda adalah Segi Tiga Borneo kedudukannya di atas daratan dengan diliputi oleh hutan belantara dan gunung ganang manakala Segi Tiga Bermuda merupakan hamparan lautan yang luas.

Dan apabila memperkatakan kedudukan kawasan bergunung ganang dan hutan belantara sudah tentu Segi Tiga Borneo adalah satu yang menggerunkan untuk juruterbang-juruterbang kapal udara yang merupakan antara pengangkutan yang paling cepat serta kedua popular di Sarawak Bumi Kenyalang.

Menurut sumber, sejak pengangkutan udara diperkenalkan di Sarawak Bumi Kenyalang telah banyak kejadian kapalterbang dan helicopter terhempas di kawasan yang dikenali sebagai Segi Tiga Borneo ini. Yang terakhir adalah pada tanggal 12hb Julai 2004 yang mana sebuah helicopter jenis Bell 206 Ranger kepunyaan Hornbill Skyways yang di dalam perjalanan untuk meninjau projek hidro elektrik yang membawa seorang Menteri Sarawak iaitu Yang Berhormat Dr. Judson Sakai Tagai telah terhempas di kawasan ini.

Kejadian ini telah mendapat liputan yang meluas dari media massa samada dalam atau luar negara. Ianya juga telah dibentangkan di Parlimen Malaysia pada masa itu dan hanya setelah 20 hari di dalam Operasi Mencari dan Menyelamat barulah bangkai helicopter ini ditemui. Yang menjadi misteri adalah di dalam operasi ini bantuan kepakaran daripada luar negara telah diperolehi daripada luar negara namun segala peralatan canggih dan moden tidak juga dapat membantu malah dikatakan tidak dapat berfungsi langsung.

Inilah antara kejadian misteri yang terpaksa dihadapi oleh pasukan penyelamat. Dikatakan juga kejayaan operasi ini sebenarnya menemui noktahnya apabila bantuan mistik telah digunakan. Begitu “Keras” kawasan ini sehinggakan bantuan bomoh yang terkenal daripada masyarakat tempatan Ba’Kelalan telah digunakan dan akhirnya ia berjaya dilakukan.

Mungkin jampi serapah dan khidmat pengantara yang digunakan di dalam dunia mistik untuk berkomunikasi dengan penunggu hutan tebal di Ba’Kelalan telah membenarkan mata manusia biasa untuk melihat dimanakah kedudukan sebenar lokasi kemalangan. Hanya Tuhan yang maha berkuasa mampu mengungkaikannya…..

Bagi yang hanya mempercayai hukum logik daripada mistik, kawasan Segi Tiga Borneo dikatakan antara salah satu kawasan penerbangan yang cukup mencabar kerana ia menjanjikan 1,001 kemungkinan kepada juruterbang yang bakal melaluinya.

Tidak ada apa yang boleh dijangkakan dengan tepat jika melalui laluan itu, baik dari segi cuaca mahu pun tiupan angin kerana kedua-dua fenomena alam itu boleh berubah dengan pantas. Kedudukannya yang tinggi dari aras laut iaitu melebihi 600 meter, ditambah bentuk muka bumi bergunung-ganang menambahkan lagi kesukaran kerana ia menyempitkan ruang penerbangan yang ada.

Sekiranya pesawat terhempas di kawasan tersebut, harapan mangsa untuk hidup adalah tipis jika lambat diselamatkan. Mangsa mungkin boleh bertahan beberapa hari dengan memakan serangga dan pucuk-pucuk kayu tetapi faktor cuaca yang tidak menentu serta sukar diramalkan akan menambah derita pada mereka yang masih hidup. Di situ, suhunya adalah antara 14 hingga 16 darjah Celsius dan di dalam hutan tebal tentunya lebih sejuk.

Bentuk geografi yang bertebing curam pula menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR). Untuk sampai ke lokasi sejauh satu kilometer sahaja memerlukan masa sekurang-kurangnya empat jam. Bagi operasi dari udara, faktor cuaca yang berkabus dan pokok rendang menghadkan penglihatan juruterbang memantau lokasi kejadian.
Inilah sekelumit kisah Misteri Segi Tiga Borneo yang kedudukannya terletak di Sarawak Bumi Kenyalang yang telah banyak “memakan nyawa” manusia sejak di zaman Koloni British lagi.

Segala kejadian mistik di dalam operasi menyelamat kemalangan mungkin juga adalah satu misteri atau mungkin juga satu suratan atau satu kebetulan di dalam kita memperkatakan hukum alam semulajadi di dunia ini.

Sesungguhnya hanya Tuhan yang maha berkuasa mengetahui segalanya dan kita sebagai hambanya haruslah bertawakal dan berusaha sahaja.

dipetik dari: Borneo Oracle
Sumber: billyinfo.blogspot.com
READ MORE- Misteri Segitiga BORNEO

kalah dalam menang-mawi ft syamsul yusuf

Ya Allah, Ya Rahiim (Siapa lebih berkuasa )
Ya Allah, Ya Rahiim ( Kau, Aku, atau Dia )
Renungkan

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara

Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang
Kalah dalam menang

Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan
Insan, berteduh di bumi Tuhan
Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapa pun yang tahu rahsia Tuhan
Siapa dulu pergi dulu
Mungkin aku mungkin kamu, wo wo
Kau katakan tunggu dulu
Kau belum lima puluh
Sedang kematian laju mengejar mu
Ahh! Kerasnya hati masih gagal mengerti
Bangunlah di malam sunyi
Bertanyakan pada Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya

Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang
Kalah dalam menang
Kalah dalam menang
Hatimu takkan senang hey!

Aku bukan hinoptis
Bukan juga ISIS
Jauh sekali extremis
Aku hanya optimis
Hidup sarat protwist
Sama macam sarkis
Dengan Tuhanmu jangan pernah prejudis
Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi hah
Inspirasi?
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati
Hidayah itu milik Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar

Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang
Kalah dalam menang

Yeah mari sini semua dengar ini cerita
Orang kita ha kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu jugak satu dakwah
Yeah orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa
Cobalah walaupun dosa dan kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa
Tapi jangan kau miskin jiwa

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya

Adakah kau rasa dunia isinya
Hanya kau yang punya
(kau fikir kau siapa)
Adakah kau lupa ataupun kau buta
Kau dan aku hamba
(kau fikir kau raja)
Kuasa harta, wanita mengaburi minda
Mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar

Hatinya hitam kelam terbungkam
Jiwa tak tenang
Kalah dalam menang

READ MORE- kalah dalam menang-mawi ft syamsul yusuf

Monday 2 May 2016

kisah sebenar jaapar tonggek

Di kelantan perkataan zaman Jaapar tonggek (zaman Jaafar tongeng) sering dipersebutkan di bibir rakyat kelantan bagi melambangkan suatu yang sudah lama berlaku tp tahukah anda siapakah Jaafar ini dan apakah disebalik kisahnya?

kisah ini berlaku sekitar tahun 1999-2000an iaitu kira2 16 tahun yang lalu, iaitu melibatkan seseorang yang bernama Jaafar.

tidak dapat dipastikan kenapa ia digelar Jaapar tonggek oleh kalangan warga setempat, mungkin disebabkan fizikalnya.

kisah ini berlaku kerana Jaapar ini telah mengamalkan suatu ilmu sehingga beliau terpaksa meminum darah orang lain untuk melengkapkan ilmunya. tetapi kebanyakan mangsanya adalah dikalangan kanak-kanak yang berjalan sendirian, beliau hanya akan meminum sedikit daripada darah mangsanya sebelum membenarkan mangsanya pulang ke rumah.

Juga dikatakan beliau akan memukau kanak-kanak tersebut sebelum menjadikannya mangsa sebelum membenarkan kanak-kanak tersebut pulang tanpa mengingati segala kejadian yang berlaku.

tidak dapat dipastikan sudah berapa bilangan mangsa yang berjaya ditangkap kerana mangsa tidak mengingati apa yang berlaku dan berlagak seperti biasa bila pulang, hanya sesetengah kanak-kanak sahaja yang mengingati bahawa darahnya diambil oleh Jaapar dan menceritakan kepada ibubapa.

disebabkan kejadian ini ramai kanak kanak takut untuk ke sekolah jika sendirian oleh itu pihak kampung telah memanggil bomoh yang hebat supaya menghalau Jaapar daripada kampung kerana penduduk kampung sukar untuk menangkapnya.

menurut cerita bualan mulut orang kampung bomoh tersebut mengunakan sireh dan pinang dengan bacaan ayat ayatnya dia membaling (ada sesetengah cerita mnyatakan meludah) bahan tersebut mengenai tubuh Jaapar lalu beliau mengerang kesakitan lalu ghaib dari pandangan.

sejak daripada hari itu kelibat Jaapar tonggek tidak lagi kelihatan, kemana dia pergi dan mencari mangsanya yang baru tidak diketahui, mungkin selepas.peristiwa itu beliau masih lagi mencari mangsanya tp di kawasan yang lain atau mungkin beliau tidak terselamat dalam pertarungan tersebut.

beberapa lama kemudian penduduk kampung menutup kisah Jaapar tongek shingga tidak lagi diingati oleh warga kampung tetapi ada warga yang mengungkapkan perkataan zaman Jaapar tonggek bagi merujuk pada kisah Jaapar tonggek yang sudah berlalu sehingga perkataan itu disebut sebut oleh generasi baharu tanpa mengetahui kisah yang sebenar.

benar atau tidak anggaplah ia hanya satu cerita dan hanya mangsa dan penduduk kampung sahaja yang dapat menilai kesahihan cerita ini.

*Admin meminta maaf jika cerita ini mengingatkan kembali kisah yang telah ditutup dan menganggu sensitiviti masyarakat.

gambar hiasan

READ MORE- kisah sebenar jaapar tonggek